Showing posts with label Admin. Show all posts
Showing posts with label Admin. Show all posts

Monday, 21 April 2014

Bale Delivery



Penghantaran Alhamdulilah selamat dilakukan..Ke Lembah Kelang dan Labuan.

Wednesday, 9 April 2014

List bekalan pakaian terpakai kanak2..

MDQ Collection Children used clothes list Item:

US item:
USA Children Summerwear Gred A 45KG 
USA Children Springwear gred A 45kg
USA Children Jean pant 45kg Gred A 

Japan Item:
Japan soft toy 60 kg
Japan Children Summerwear gred A 45kg
Japan Children Summerwear 100kg
Japan Children Springwear 100kg
Japan Children Jean pant 100kg

UK Children Jogging pant 50 kg

Feel free to sms/wassap/call us at 0175409678 for price tag. Thank you.


Delivery of Children kids bundle

Alhamdulillah, pihak admin settle delivery for Children stok bundle - US Children Summerwear gred A 45 kg dan US Children Jean pant gred A 45 kg - Shah Alam, Sepang dan Nilai.


One of Feedback dari buyer semalam:


Stok masih ada, namun terhad sgt, berminat blh hubungi admin MDQ Collections di 0175409678. Terima Kasih semua..

Friday, 4 April 2014

NEW STOCK FOR KIDS BUNDLE (LIMITED STOCK)

ASLM SEMUA..ADA SEDIKIT STOK BARU TETAPI TERHAD:

- USA CHILDREN SUMMERWEAR GRED A 45 KG - RM 680
- USA CHILDREN JEAN PANT GRED A 45 KG - RM 500

STOK TERHAD, DAN SESIAPA BERMINAT, BLH SMS/WASSAP KAMI/HUBUNGI KAMI TERUS DI 0175409678.

PENGHANTARAN AREA LEMBAH KELANG SAHAJA CAJ HANYA RM 20 SAHAJA!!
LUAR KAWASAN CAJ KURIER ADALAH RM 70 SAHAJA.
SABAHA SARAWAK CAJ PENGHANTARAN MENGGUNAKAN KAPAL RM 100 SAHAJA

BERTINDAK SEKARANG MEMANDANGKAN STOK SANGAT TERHAD.

TERIMA KASIH

ADMIN MDQ COLLECTIONS




Sunday, 9 March 2014

#PrayForMH 370

FROM MDQ COLLECTION TABLE:

LET US PRAY FOR THEM, HARAP2 SEMUANYA SELAMAT....


Dari klia utk ke beijing,
Dikepekatan mlm engkau sembunyi,
Hilang diradar terus dicari, p'bagai p'soalan kini dikaji...

Langit cerah kini menyuluhmu,
Demi dunia menanti hadirmu,
Hujan sudah b'linangan dipipi,
Namun dirimu tetap menyepi...

Nyawa insan kini dipermain, Sudahkah hilang kemanusiaan?,
K'hidupan manusia terus diadili,
Adkah berniat utk menghakimi?...

Si bijak m'jdkannya politik,
si pintar mcipta lawak,
si cerdik terus mencaci,
si genius pula mentaksir sendiri...

Ya Allah Ya Rabbi, Tnjukanlah kekuasaan & kebesaranMu,
Agar semuanya terhenti, Agar semua bisa mengerti...

Ya Allah Ya Rahman,
Kami merancang Engkau jua merancang,
Kami lakukan yg t'baik, Namum Engkau jauh lebih baik...

Andai dilangit turunkanlah, Andai dilaut timbulkanlah, Andai didarat tunjukkanlah, Dan andai di alam lain singkapilah...

Jika masih hidup pulangkanlah,
Agar dpt kami syukuri,
Jika telah tiada buktikanlah, Agar kami pasrah relakan kepergiannya...

Ya Allah Ya Rahim kami masih mengharap keajaibanMu..


Friday, 7 March 2014

Just A Glimpse on Bundle Bale feedback

Aslm semua, diantara sebahagian testimoni/feedback dari customer yg telah mendapatkan bekalan pakain terpakai kanak2 dari pihak kami:

A) From Batu Caves:
US Children Cotton Rummage Gred B 45 KG


B) From Putrajaya:
Japan Children Summerwear gred A 45 KG


C) From Sg. Besi:
US Children cotton rummage gred B dan US children Springwear gred A 45kg



D) From Puncak Perdana, Shah Alam:
US Children Springwear gred A 45 KG


Ini diantara feedback yang dihantar, dan kami dari pihak MDQ Collection mendoakan agar biz mereka sentiasa maju dan dirahmatiNya sentiasa. Amin..:)

So pada mereka2 yg inigin mendapatkan stok bale2 seperti diatas, silalh hubungi kami untuk info, kerana stok adalah terhad. Terima Kasih.

Admin MDQ Collection

Wednesday, 5 March 2014

Apa itu pakaian terpakai/preloved/bundle??

Info berguna pada semua: 



Pakaian bundle ni memang dah lama ada dekat malaysia ni. kalau dari zaman sekolah dulu memang orang dah sibuk-sibuk nak mencari bundle terutamanya budak-budak yang gilakan brand. berebut-rebut pergi kedai bundle kalau stok baru masuk...

tapi apa sebenarnya pakaian bundle ni?
pakaian bundle ni sebenarnya pakaian yang terpakai yang diimport dari luar negara seperti US, jepun, UK, korea dan negara-negara eropah lain. Pakaian-pakaian ini akan dikumpulkan dan dibungkus dalam guni. inilah yang dipanggil BUNDLE. guni-guni bundle ini kemudian akan dijual kepada pembekal secara pukal. selain daripada pakaian terpakai, ada juga pakaian baru. kita boleh jumpa pakaian tu siap dengan tagging dia lagi. kemungkinan besar pakaian ini dibeli dan tidak dipakai langsung atau pakaian ini adalah pakaian reject/ stok lama dari kedai.

jenis pakaian bundle...???
jenis pakaian yang ada dalam bundle macam-macam dari kemeja & t-shirt sampailah ke bra dan girdle. hehehe.. memang 1001 macam jenis pakaian. tapi selain pakaian biasa ada juga bundle kasut, selimut, toto, langsir dan macam-macam lagi lah. selagi benda tu boleh digunakan semula, memang akan dijual sebagai bundle.

ape yang menariknya pakaian second hand ni...??
kepada mereka yang tak pernah @ tak minat pakai bundle ni mesti pelik kenapa ada orang suka dan sanggup pakai pakaian terpakai. tak kurang pula yang geli kerana menganggap pakaian ni bekas orang lain dan kotor. ini terpulanglah kepada citarasa dan minat masing-masing. tp apa yang menariknya pakaian bundle ni adalah pakaian yang berkualiti tinggi terutama pakaian yang diimport dari US + Jepun. Kualiti kain dan printing memang bagus. bagi peminat jenama, pakaian bundle ni memang jadi pilihan kerana mereka boleh dapat brand kegemaran masing-masing dengan harga yang murah. jenama-jenama besar seperti levi's, dockers, polo, harley davidson memang menjadi pilihan peminat-peminat bundle ni. kalau display kat kedai tu, memang tak lama la... kejap je ada peminat dia datang beli... seronok tengok.

tak kotor/ berpenyakit ke pakaian bundle ni...??
semua pakaian yang dibungkus dalam setiap bundle yang diimport telah diletakkan bahan kimia tertentu untuk membunuh kuman dan mengelakkan penyakit. sebab itu kalau kita pergi ke kedai-kedai bundle yang pakaiannya belum dibasuh, kita boleh cium satu bau yang sama je. ini la bau yang org panggil "bau bundle"... bau bahan kimia yang digunakan tu.

Info dari: http://ping.busuk.org/v/8544/rahsia-apa-itu-bundle-or-pakaian-terpakai.html


Monday, 3 March 2014

For lovely mommies and toddlers..:)


Aslm semua..memandangkan sekarang nie musim panas..kenalah kita sentiasa berwaspada, bukan saja pasal air, bahkan kesihatan anak2 kita..so mommies diluar sana kenalah pantau pergerakan our kids, especially yg tengah lasak2 tue, hehe...

Anyway..make sure our kids use suitable apparel di musim panas2 macam ni..

Cheers..

Admin MDQ Collections..

Thursday, 20 February 2014

Salam Jumaat pada semua..:)

Assalamualaikum , Salam Jumaat dari kami di MDQ Collections..

Kami mendoakan semua berada dalam keadaan sihat2 belaka, dipermudahkan rezeki dan dirahmati olehNya sentiasa...

Jangan lupa singgah dan jengah2 apa yg ada di blogkami ni yer..pakaian kanak2 bawah RM 5, dan juga buku2 ilmiah untuk anak2..mostly in English..so blh mantapkan english anak2 kita..:)



Wednesday, 19 February 2014

Stok pakaian terpakai kanak2 dari Japan dan US

Aslm semua,

MDQ Collections juga menjual pakaian terpakai kanak2 secara bale, iaitu diambil terus dari pembekal kami. Oleh yang demikian, berikut adalah serba sedikit info/maklumat tentang bale yg ada:

A) JAPAN CHILDREN SUMMERWEAR GRED A 45 KG - RM 580
B) US CHILDREN COTTON RUMMAGE GRED B 45 KG - RM 320
C) US CHILDREN SPRINGWEAR GRED A 45 KG - RM 250
D) US CHILDREN SPRINGWEAR GRED A 100 KG  - RM 400

Stok2 ini adalah bergantung kepada stok yang terdapat pada pembekal kami. untuk makluman, pihak kami buat masa sekarang hanya menyediakan jualan secara bale 45kg atau 100 kg sahaja, dan hanya menerusi penghantaran sahaja, dan tiada COD.

Untuk makluman penghantaran, bagi para pembeli yang datang dari area Lembah Kelang, kami sendiri akan menghantar bale tersebut, dengan caj RM 20 bagi setiap bale yang dihantar. namun yang demikian, kawasan yg bersempadanan dengan Lembah Kelang,sebagai contoh Tjg Malim, Nilai, etc yang dirasakan berdekatan, blh juga dihantar, namun dengan caj yg berpatutan. Bale akan dihantar terus ke rumah, jadi memudahkan para pembeli menerima bale yang dibeli.

Untuk pembeli dari luar kawasan, kami menggunakan perkhidmatan kurier  iaitu untuk satu bale hanya RM 70 sahaja.

Untuk Sabah sarawak, caj penghantaran adalah melalui kapal laut dan tempoh masa anggaran dalam 2 minggu untuk samapai ke destinasi. Caj hanyalah RM 100 untuk satu bale.

Oleh itu sesiapa yg berminat, terutamanya yg ingin menambah stok jualan,ataupun ingin memulakan perniagaan, blh terus hubungi kami, samada sms kami/ atau email kami di mdqcollectionsss@gmail.com.

Terima Kasih






Tuesday, 18 February 2014

Mendidik Anak cara Islam


Didik Anak Cara Islam

Oleh ZUARIDA MOHYIN

WALAUPUN ibu bapa pada zaman sekarang mementingkan pendidikan anak, namun masih ramai yang hanya memberi menekankan kepada aspek akademik semata-mata berbanding pendidikan rohaniah dan sahsiah diri.

Hakikatnya kita sentiasa dipesankan agar menjaga diri dan keluarga sebagaimana dalam surah at-Tahrim ayat 6, Allah berfirman yang bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu daripada api neraka.

Jelas di sini, dalam usaha kita menjauhkan diri kita dan keluarga daripada api neraka, maka kita perlu mendidik ahli keluarga dengan sebaik-baiknya. Maka itu, sebelum kita bergerak ke arah perubahan maka diri kita sendiri perlu diperkasakan dahulu.

Pendidikan ke atas anak-anak perlu bermula sejak kecil dan ibu, bapa atau penjaga wajib mengajarkan kepada anak-anak dan jagaan mereka mengenai perkara yang perlu mereka ketahui sebagai bekalan apabila mereka baligh.

Ibnu al-Qayyim menambahkan beberapa dalil lain yang menunjukkan kewajipan mendidik. Antaranya adalah seperti berikut:

"Ajarkan anak-anak kamu solat ketika mereka masuk usia tujuh tahun. Pukullah mereka sekiranya mereka melalikan solat apabila mereka berusia 10 tahun dan pisahkan tempat tidur mereka." (riwayat Ahmad dan Abu Daud)

"Tidak ada pemberian yang lebih baik daripada seorang tua kepada anaknya melebihi adab yang baik." (riwayat Ahmad dan Tirmidzi)

"Apabila kamu mendidik anakmu, ia adalah lebih baik bagimu daripada kamu bersedekah setiap hari sebanyak setengah cupak kepada orang-orang miskin." (riwayat Ahmad, Thabrani dan Baihaqi)

Sementara itu, Ibnu Umar pula berkata: "Ajar anakmu kerana kelak Allah bertanya kepadamu mengenai apa yang kamu ajarkan kepadanya. Allah juga akan bertanya kepada anakmu berkenaan bakti dan ketaatannya kepadamu."

Seperkara yang perlu ditakuti oleh setiap yang bergelar ibu dan bapa ialah Ibnu Said dan Ibnu Abbas menyatakan, Rasulullah SAW ada bersabda: Siapa yang mendapat anak, berikan dia nama yang baik kepada anaknya dan mendidiknya dengan baik. Apabila anak itu mencapai usia baligh, hendaklah dia dikahwinkan kerana sekiranya anak mencapai usia baligh tetapi tidak berkahwin dan kemudian dia berzina, orang tuanya yang menanggung dosa."

Apabila ibu bapa melaksanakan tanggungjawab mendidik dengan baik, bererti mereka menjaga diri sendiri dan anak-anak mereka daripada api neraka.

Ini menjelaskan kepada kita bahawa mendidik adalah kewajipan syariat bagi setiap orang yang menjadi pemimpin, sesuai dengan kadar tanggungjawab dan tahap kepimpinannya. Sekiranya ada yang menganggap ia perkara remeh, lantas mensia-siakan tugas mendidik itu, nescaya mereka tidak terhindar daripada api neraka.

Lantaran itu, dalam usaha melaksanakan pendidikan berlandaskan ajaran Islam, kita perlu mengetahui bagaimana kita hendak memulakannya dan apa yang diperlukan apabila kita berada di titik permulaan.

Kedua, kita perlu mengetahui siapakah jemaah pertama yang menerima didikan Nabi Muhammad secara langsung. Jemaah generasi inilah yang perlu dijadikan panduan dan rujukan kita dalam cara pendidikan selepas kitab Allah dan sunnah Nabi, bukannya meniru cara hidup ataupun masyarakat di Barat sana.

Ketiga, kita perlu menyedari tidak ada jalan lain selain jalan yang ditempuh oleh generasi pertama yang terkeluar daripada kejahilan. Generasi ini yang terdiri daripada para sahabat, akhirnya mencapai puncak tertinggi dalam Islam.

Oleh itu orang yang melaksanakan tugas mendidik perlu mempunyai sifat-sifat tertentu supaya mereka boleh melakukannya dengan baik. Antaranya; hikmah, soleh, mempunyai kemahiran dalam pengurusan manusia, mewujudkan kemaslahatan manusia, melakukan kebaikan, berpengetahuan, mengamalkan ilmu dan mengajarkannya kepada orang lain, mengajar secara berperingkat iaitu dimulakan daripada yang kecil ataupun yang mudah dan hanya mengamalkan dan mengajarkan ilmu yang diperintahkan oleh Allah.

Begitulah sebahagian ilmu-ilmu penting berkenaan pendidikan anak secara menyeluruh yang dikupas di dalam buku Mendidik Anak Perempuan. Ia bagi memastikan ibu bapa pada hari ini bersedia memberikan didikan rohani dan sahsiah diri kepada anak perempuan sejak lahir, sehingga mereka berumah tangga.

Buku tulisan Abdul Mun'im Ibrahim juga bertujuan;

l Menunjukkan betapa pentingnya perasaan malu yang harus dijaga oleh anak perempuan sama ada dalam ucapan, perbuatan mahupun sikap.

l Mengelakkan ramai wanita terlibat dalam aktiviti tidak bermoral yang berpunca daripada kurangnya didikan agama yang sempurna.

l Menambahkan pengetahuan ibu bapa mengenai didikan anak gaya Rasulullah SAW yang menitikberatkan cara didikan bersepadu dan holistik kepada anak perempuan.

l Menjelaskan ajaran Islam yang memuliakan dan menyelamatkan kaum wanita daripada kehinaan seperti yang wujud pada zaman jahiliah.

l Anak perempuan adalah pihak yang banyak mengundang fitnah seperti yang pernah nabi sebutkan.

Buku setebal 397 muka surat ini terbahagi kepada 13 bab yang mengandungi tajuk-tajuk; Definisi Baligh, Mendidik Anak Cara Islam, Bersikap Adil kepada Anak, Mendoakan yang Terbaik untuk Anak, Mendidik Anak Sejak Saat Kelahiran, Pengaruh Keadaan Sekeliling kepada Pendidikan Anak, Kaedah Ganjaran dan Hukuman, Mendidik Anak Perempuan Sebelum Berusia 3 Tahun Sehingga 6 Tahun, Mendidik Anak Perempuan Sebelum Berusia 9 Tahun Sehingga 10 Tahun, Mendidik Anak dengan Akhlak yang Baik, Menerangkan Perkara-Perkara yang Terlarang, Mengajar Ilmu Rumah Tangga dan Perkara Penting Mendidik Anak Perempuan.

Sementara itu dalam buku Didik Anak Gaya Rasulullah yang ditulis oleh Prof. Dr. Huzaemah membahaskan secara terperinci berkaitan hukum-hakam, hak-hak serta kewajipan-kewajipan yang dimiliki anak kecil yang disokong oleh nas daripada al-Quran dan hadis.

Antara kandungan yang dibicarakan;

* Hukum dan hak yang ditetapkan kepada anak mengikut peringkat usia

* Segala perkara yang berhubung dengan bayi yang baru dilahirkan.

* Hukum berkhatan dan hikmah disyariatkan.

* Hukum menyusukan anak serta penjelasan mengenai syariat mendapatkan hak penjagaan anak.

* Penjelasan mengenai nafkah anak serta hukum anak dalam bersuci, solat, zakat, puasa dan haji.

* Hukum anak kecil dalam hal jual beli serta hikmahnya.

* Perincian mengenai pernikahan anak kecil, talak, kesaksian serta perihal wali.

Hasil kupasan yang ditulis oleh penulis yang memiliki kepakaran dalam bidang Fikah dari Universiti al-Azhar ini menjanjikan kepuasan yang luar biasa buat semua pembaca, khususnya para ibu bapa yang mahu mempelajari seterusnya mendalami hak-hak serta kewajipan-kewajipan permata hati mereka bagi memastikan mereka mampu mengharungi kehidupan yang sempurna di dunia yang serba mencabar ini.

Oleh itu, jika mahu melihat masa depan sesebuah negara, lihatlah pada generasi mudanya. Ungkapan bicara yang biasa disebut-sebut acap kali menyentuh soal golongan yang bergelar orang muda, belia dan beliawanis.

Itulah hakikatnya yang perlu diterima oleh semua. Anak-anak pada hari ini kelak akan menjadi orang dewasa yang mempunyai peranan penting pada masa hadapan. Bahkan di bahu mereka tergantung nasib dunia ini kerana mereka adalah harapan generasi tua dan pewaris agama, bangsa dan negara.

*dipetik dari Portal mukmin (http://www.mukmin.com.my/baca.php?id=1550&kategori=10)


Wednesday, 29 January 2014

MDQ COLLECTION IS ONLINE BACK!!!!

Assalam semua, Alhamdullilah, setelah hampir setahun setengah blog kami nie x diupdate, memandangkan ada komitmen yang lain, untuk julung kalinya, kami akan 'on' balik biz kami yg x seberapa nie. Untuk pembaharuan, kami membuat penambahan dari segi produk yang dijual, iaitu dengan penambahan item 'preloved books' dan juga 'preloved toys'. Namun yang demikian, kesemua item-item yang dijual atau dipamerkan disini bergantung kepada stok yg ada di tangan kami.

Secara amnya, kami akan membahagikan blog ini kepada tiga section iaitu:
A) Preloved Clothes - Boys Apparel dan Girls Apparel
B) Preloved Books - Preloved books for children, mostly from US & UK
C) Preloved Toys - Preloved toys/Accessories for kids.

Oleh yang demikian, kami berharap dengan adanya penambahan produk yang dijual, kami dapat memberikan yang sesuai dengan keperluan para pembeli, Insyallah.




Sunday, 18 November 2012

How to remove stain

Salam semua.. ada sedikit info nak kongsi dengan semua..


Tuesday, 28 August 2012

Hubungi Kami di MDQ Collection

Salam & Hi semua, terima kasih kerana melawat blog kami. Untuk sebarang pertanyaan, permintaan, pesanan atau cadangan, silalah berhubung dengan kami melalui sms di 0175409678, atau melalui emel di mdqcollectionsss@gmail.com. Terima Kasih



Sunday, 5 August 2012

MDQ Collection Grand Opening

 Assalam kepada semua,

Disini pihak MDQ Collections ingin memperkenalkan blog kami yang mengenengahkan barangan 'preloved' seperti pakaian, permainan dan juga buku-buku. Terpakai atau 'Preloved' tidak bermakna buruk, usang mahupun tidak sesuai dipakai atau diguna untuk hari-hari, namun ia merupakan suatu pilihan bagi mereka-mereka diluar sana untuk mendapatkan pakaian,permainan dan  juga buku-buku yang elok, berjenama, berkualiti pada harga yg amat berpatutan. Semoga apa yang dipaparkan dapat memberikan kepuasan kepada para pelanggan kami.Insyallah..

Terima Kasih;

By;
Admin MDQ Collections